Nur Azzalea Arissa

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Tuesday, December 8, 2009

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3

Sekarang ber-3
Dlm kete pun blh gambar lg
Semoga Berkekalan

Pejam celik dah 3 tahun usia perkahwinan mama dan ayah. Tak terasa pun. Kalau dulu boleh la berdating berdua-duaan. Nak candlelight dinner pun blh, berbagai-bagai la boleh. Tp sekarang dah terbatas sbb sikecik adalah pemerhati setia. Serba serbi kena jaga sbb icha dalam proses pembelajaran. Nak bawa makan kat luar pun kena tepat pada masa nye kalo tidak mula la icha meragam dan buat hal. Dan ianya terjadi pada malam tu bersamaan 25 November 2009 (8 Zulhijjah 1430H) jam 8.30 mlm. Kite bertiga g makan malam kat RasaMas jer sbb tmpt lain dah penuh. Makan malam tu tak buat mama dan ayah kenyang sbb icha buat hal dan perangai. So, kite kena balik awal dan tak sempat nak habiskan makanan sbb tak nak ganggu ketenteraman org lain makan kerana kt memahami perasaan org yg ingin menikmati makanan. Apa2 pun, mama dan ayah berharap perjalanan hidup dan perkahwinan kami berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat. Semoga bertambah-tambah rezeki dan dipanjangkan usia. Disamping anak-anak yang soleh dan solehah sebagai pelengkap dan penyeri hidup berumahtangga. Apa2 pun yang terjadi, hadapi dugaan dengan tabah dan sabar. Amin...

1 comment:

mama gee said...

selamat ulang tahun perkahwinan...smoga kekal bahagia..amin2