Nur Azzalea Arissa

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Thursday, July 31, 2008

Kemahiran baru

Dua malam ni icha ada kebolehan baru. Dalam tido pun icha boleh buat. Malam td, icha tido antara mama dan ayah. Syok punya tido, icha tak sedar yang icha buat pusingan lawan jam. Sampaikan mama kite jatuh katil sebab icha tolak mama dgn kaki. Sian mama kite. terpaksa tido bwh plak. Dua malam sblm tu ayah yang kena tido bwh. itu pun sbb icha tolak..huhuhu Buas jgk icha tido kan? Nampaknya mama dan ayah kena beli katil king saiz plak la... lg icha suka tido....

Wednesday, July 30, 2008

renungan di pg khamis (28 Rejab 1429H)

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.


SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w... pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Renungan...

Cantikkan? Kuasa Allah swt. Nikmatilah seadanye sbb mgkn suatu hari nanti kt tdk mampu menatapnye lg. Lumrah manusia, yg cantik di puji, yg buruk si keji. Sepanjang melayari hidup, mesti berbagai suka dan duka yg kt tempuhi. Yg pasti hadapilah dgn tabah dan bersabar.
Suka kalo dr dihargai, duka kalo dr dibuang. Segalanya sbb dengki dan bermuka2. Burukkan dr org lain semata2 kepentingan dr sendiri. tp org yg 'mendengki' tak kan kemana. Balasan ttp ada. Hidup dia pun tak bahagia dan tak aman. Mcm2 musibah yg dtg padanya. Yg penting si penerima 'dengkian' tu kenala buktikan kejujuran dan kebenaran. Kalo tak dibalas di dunia, akhirat menanti jua. Contoh belambak kat sekeliling kt. Berkwn dgn kt, tp dlm diam mengkhianati dr diblkg kt... Apa2 pun, bahagia akan tetap menunggu bg org yg bersabar...(maaf kalo ada yg terasa..) Sekian...
(bermadah helah la plak)

tercuri bunga larangan



Ni gambo nek wan & nek ki masa pesta bunga. Ada cite disebalik gambar ni. Ari tu nek wan icha terambil bunga. Konon2nyer nak bw blk kchg srwk, at last, bunga layu sblm sampai di tanah air... moralnyer, jgn terambil bunga di taman larangan...hehehehe

Tuesday, July 29, 2008

hari bahagia

Ni gambo mama dgn ayah masa kawen.. ms ni icha tak de lg.. mama dgn ayah kawen pd 25/11/2006 dan bersanding pd 26/11/2006. perasan tak? ayah sy besor kan!!! Masa ni pun bj sanding kena buat baru khas untuk yg berbadan XXL.Tp mama untung la dpt ayah sbb ayah ada full pakej.(tinggi & besar)
senang la mama nak suruh ambik brg tinggi dan angkat brg berat.. Ayah icha kan ada!!!!huhuhu

anak ayah

Gambar ni diambil pd 12/06/2008 ketika balik dr klinik. Masa ni baru usia 2 bln.. lena atas bahu ayah... rs mcm tido atas sofa la plak...

percubaan..

Baru nak bertapak. Nak test dl. Dicipta khas untuk anakanda tersayang Nur Azzalea Arissa Bt Muhammad Azri.