Tuesday, December 8, 2009
Sunyi...
Semalam umah rs sunyi jer. Icha pun berubah. Nampak sangat icha bosan sbb saudara dan keluarga mama dah balik. Sunyi sgt. Kalo ikut hati mmg nak jer pindah sana. Tak pe la. Hidup harus diteruskan. Ada masa boleh g sana plak.
Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3
Sekarang ber-3
Dlm kete pun blh gambar lg
Semoga BerkekalanPejam celik dah 3 tahun usia perkahwinan mama dan ayah. Tak terasa pun. Kalau dulu boleh la berdating berdua-duaan. Nak candlelight dinner pun blh, berbagai-bagai la boleh. Tp sekarang dah terbatas sbb sikecik adalah pemerhati setia. Serba serbi kena jaga sbb icha dalam proses pembelajaran. Nak bawa makan kat luar pun kena tepat pada masa nye kalo tidak mula la icha meragam dan buat hal. Dan ianya terjadi pada malam tu bersamaan 25 November 2009 (8 Zulhijjah 1430H) jam 8.30 mlm. Kite bertiga g makan malam kat RasaMas jer sbb tmpt lain dah penuh. Makan malam tu tak buat mama dan ayah kenyang sbb icha buat hal dan perangai. So, kite kena balik awal dan tak sempat nak habiskan makanan sbb tak nak ganggu ketenteraman org lain makan kerana kt memahami perasaan org yg ingin menikmati makanan. Apa2 pun, mama dan ayah berharap perjalanan hidup dan perkahwinan kami berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat. Semoga bertambah-tambah rezeki dan dipanjangkan usia. Disamping anak-anak yang soleh dan solehah sebagai pelengkap dan penyeri hidup berumahtangga. Apa2 pun yang terjadi, hadapi dugaan dengan tabah dan sabar. Amin...
Kemalangan

Nak bagi tau sikit. Ayah icha telah mengalami keretakan tulang semasa bermain hoki. Dan direhatkan sehingga tulang-tulang tu bercantum semula. Sekarang dan hingga hari ini ayah tak g keje sbb mc bertimbun. Dah mcm cuti berpantang plak. Nasib baik kecederaan tak serius....Icha dan mama doakan ayanh cpt sembuh dan ingat jangan jatuh2 lg. Bersukan untuk kesihatan bkn untuk membinasakan badan...Renung2kan...Selamat beramal...hihihihi
Basikal Baru
Gaya seorang pelumpa moto GP....
Model Basikal Itik (kuekkk,kuekkkk)
Jambu nye....Haaaa... Skrg icha dah ada basikal baru. Warna jambu lg. Tak rock kan, tp tak per la, kt kan wanita sejati... alah setakat warna pink tu biasa lah.(walaupun rupa icha seperti lelaki tp naluri ttp perembuan k) Basikal dibeli tak sampai sebulan lg. Ayah belikan untuk anak dia ni. Al maklumlah, seorang jer. Kalo dah banyak tenteranya tak der la terlayan nak beli itu dan ini. Lg pun mmg dah lama dah ayah dan mama nak belikan untuk icha. So, kebetulan ada jualan gudang kat My Dear, tu yg beli sebijik. Kt layan yer...
sepi kini kembali...
Salam semua.... Dah lama nye tak update blog ni. Dah naik kelabu dah sawang dalam blog ni. Maaf la kepada penggunjung blok icha yg setia kerana tak dapat menyajikan entry terbaru. Al maklumlah, mama icha terlampau sibuk melayan kerenak anaknya yang bernama azzalea arissa yg makin membesar. Banyak benda yg buat hasrat mama terbantut untuk ap date blog ni. Dan sekarang, ianya kembali dan banyak peristiwa yg berlaku sepanjang kehilangan idea untuk entry blog ni. Diharap dapat menjamu mata dan minda anda semua...Selamat berhibur..huhuhu
Subscribe to:
Posts (Atom)





























